SENYUM LAH SELAGI KITE MAMPU TERSENYUM

Sunday 4 September 2011

Sebab-Sebab Lelaki Sukar Memohon Maaf



Ada sesetengah orang lelaki sukar menuturkan kata maaf. Meskipun kenyataan ini mungkin diragui oleh lelaki, namun hakikatnya lelaki memang sukar berbuat demikian lebih-lebih lagi jika berbuat salah pada pasangan sendiri.

  1. Memiliki ego yang terlalu tinggu
    - Lelaki yang mempunyai ego yang terlalu tinggi biasanya mempunya kesukaran untuk memohon maaf meskipun jauh di sudut hatinya dia mengaku dirinya memang bersalah. Golongan ini biasanya lebih mengutamakan "maruah dirinya" daripada terpaksa "menjatuhkan air mukanya" sendiri semata-mata terpaksa menuturkan kata maaf . Jadi tidak hairanlah sekiranya lelaki lebih mengutamakan ego sendiri sehingga sanggup mengetepikan hati pasangan masing-masing.

  2. Memperlihatkan kelemahan sendiri
    - selain faktor ego yang tinggi , memohon maaf juga bagi lelaki merupakan tindakan yang memperlihatkan kelemahan diri secara terang-terangan.kelihatan lemah di hadap wanita adalah pekara yang sebolehnya dihindari oleh mereka.Bagi lelaki meminta maaf adalah simbol kelemahan diri.Malah tindakan sebegitu bagi lelaki mampu menurunkan harga diri lelaki.

  3. Bimbang maaf tidak diterima
    - Juga ada segelintir lelaki enggan memohon maaf kerana takut memohon maaf secara terbuka kerana bimbang kemaafannya tidak diterima. Tidak hairanlah sebilangan lelaki yang berfikiran negativ akan mengalami dilema apabila ingin memohon maaf.

  4. Berdendam dengan apa yang berlaku
    - Lelaki yg berdendam dengan apa yg berlaku amat sukar bagi mereka memohon maaf .

  5. Merasakan diri terlalu sempurna dan tidak melakukan kesalahan
    - Mereka merasakan diri amat sempurna hingga sukar memohon maaf ..
     

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © Sejenak Bersama Blog Nadya. All Rights Reserved.
Blogger Template designed by Simple Blogger Tutorials. Distributed by Blogger Templates